BERPUTUS ASA?

Setinggi-tinggi syukur kepada Allah SWT Pencipta Sekalian Alam. Salam sejahtera kepada Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda, para sahabat, tabiin dan ulama yang selama ini berjuang untuk menegakkan syariat Allah SWT.

Berdasarkan konteks tajuk di atas, kita sering kali terdengar di telinga kita tentang sahabat-sahabat kita yang mempunyai perasaan sebegini. Kitapun tidak akan lari dari merasai perasaan yang serupa. Ada yang berputus asa kerana cinta, ada pula kerana pelajaran dan ada juga kerana pekerjaan.

Tetapi sedar atau tidak sedar, dengan melayani rasa putus asa inilah yang menjadi punca utama bertambahnnya rasa menyerah kalah di dalam kehidupan. Sehingga ada yang mengambil jalan singkat untuk membunuh diri kerana hadirnya masalah kemurungan pada dirinya. Katanya ibarat tidak bermakna lagi kehidupannya di dunia ini.

Sebenarnya ini adalah satu tanggapan yang salah dan amat ditegah. Kita tidak seharusnya membiarkan kerana takut-takut diri kita mudah dihasuti oleh godaan syaitan. Kita boleh menjadikan kita kepada yang lebih baik jika membuang sikap negatif ini dan cuba menerapkan sifat-sifat positif seperi terus berusaha walaupun ia satu perkara yang amat susah dilakukan. Ingatkan dan ingatkan di hati kerana kewujudan kita di dunia ini adalah amanah daripada Allah SWT.

Kawan-kawan yang perasan bahawa ada perubahan sahabat mereka dari segi emosi mesti cuba menasihatkan, memberi kata-kata semangat dan membantu sedaya upaya dengan pelbagai cara supaya dapat menghilangkan permasalahan yang dihadapi sahabat mereka. Dengan ini, mereka tidak akan sesekali akan terfikir untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syarak.

Jadi, perlulah kita muhasabah diri dengan berusaha merubah persepsi kita terhadap setiap perkara yang kita hadapi sama ada sebagai pelajar atau pekerja dan terus berusaha menempuhi segala rintangan dan cabaran yang mendatang agar dapat menjadi seorang yang produktif dan berjaya. Setiap orang akan mencerminkan sifat keluarga, bangsa dan agama masing-masing jadi marilah kita berubah dari sekarang.

Wallahua’lam.

2 thoughts on “BERPUTUS ASA?”

  1. I’m really inspired with your writing abilities
    and also with the format in your weblog. Is that this a paid subject matter or did
    you modify it your self? Either way stay up the nice
    quality writing, it’s rare to see a great blog like this one these days..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *