Perbezaan Cinta dan Couple

Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Ilahi yang Maha Besar, salam sejahtera kepada kekasih Allah SWT, Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda SAW dan para sahabat.

Assalamualaikum kepada pembaca blog ini. Ada sahabat saya bertanyakan kepada saya apakah perbezaan di antara cinta dan couple. Ada yang menegaskan kedua-dua ini berbeza dan salah satu daripadanya lebih baik berbanding yang lain. Jadi saya di sini akan cuba menghuraikan permasalahan berdasarkan ilmu yang setakat mana dikurniakan oleh Allah SAW kepada saya. Insha Allah.

Kita mulakan dengan melihat definisi bagi kedua-dua perkataan ini.

Cinta
an intense feeling of deep affection.” , berdasarkan Google Definition Engine.

Bermakna sebuah perasaan yang mendalam terhadap kasih sayang.

Couple
“two people or things of the same sort considered together.” , berdasarkan Google Definion Engine.

Bermakna dua orang atau benda yang dianggap bersama.

Melihat kepada definisi ini saya dapat simpulakan bahasa cinta ialah perasaan dan couple ialah sebuah keadaan yang dianggap bersama atau berpasangan. Tetapi melihat kepada definisi couple mengikut konsep zaman sekarang bermaksud pasangan awek/pakwe, girlfriend/boyfriend. Konsep ini terjadinya apabila wujudnya perasaan CINTA sebelum pernikahan dan mulalah sebuah hubungan pasangan yang tidak halal.

Pasangan yang menggunakan istiah “Kami bercinta je bukan couple” boleh juga termasuk di dalam konsep bercouple kerana wujudnya hubungan pasangan yang dijalinkan tanpa ikatan yang sah. Selalunya pasangan-pasangan ini akan lebih cenderung untuk melakukan kerja bersama-sama, bersembang melalui sosial media dan lain-lain. Tetapi permasalahnnya di sini ialah tiada perbatasan pergaulan di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Ada yang sampai tahap berdating berdua-duaan tanpa asbab yang membenarkan yang menjadi salah satu jalan menuju kepada penzinaan.

Bersekedudukan dengan pasangan yang bukan mahram adalah suatu perbuatan yang ditegah dalam agama. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلاَّ وَمَعَهَا ذُو مَحْرَمٍ

Maksudnya: Tidak boleh untuk seorang lelaki itu berdua-duaan dengan seorang perempuan melainkan bersama-sama dengan perempuan itu mahramnya.

Riwayat Muslim (1341)

Rujukan: http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/3167-irsyad-al-fatwa-siri-ke-294-hukum-menjadi-imam-kepada-pasangan-bukan-mahram-secara-berduaan

Dan firman Allah SWT di dalam Al-Quran:

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).”

(Al-Israa’ 17:32)

Rujukan: http://www.surah.my/17

Jadi sebagai kesimpulannya yang dapat saya buat, perasaan cinta tidak menjadi sesuatu masalah jika tidak melampaui batas kerana
ia adalah fitrah setiap manusia. Firman Allah SWT:

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”

(Ar-Ruum 30:21)

Rujukan: http://www.surah.my/30

Dan percepatkanlah perkahwinan supaya hubungan itu menjadi halal dan diredhai Allah SWT. Antara doa yang dapat diamalkan ialah

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Maksudnya: Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami penyejuk mata dari isteri-isteri dan juga zuriat-zuriat kami, dan jadikanlah kami sebagai imam bagi golongan yang bertakwa.

Surah Al-Furqan (74)

Rujukan: http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/3167-irsyad-al-fatwa-siri-ke-294-hukum-menjadi-imam-kepada-pasangan-bukan-mahram-secara-berduaan

Dan memohon diri agar menjadi seorang yang bertakwa dan mendapat zuriat yang baik-baik dengan mengamalkan doa tersebut:

“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

(Ibrahim 14:40)

Rujukan: http://www.surah.my/14

Wallahua’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *