Permasalahan Aurat Pada Masa Kini

Bismillahirrahmanirrahim.

Setinggi-tinggi syukur kepada Allah SWT Pencipta Sekalian Alam, salam sejahtera kepada baginda Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda, para sahabat, tabiin dan ulama yang tidak jemu menegakkan syiar Islam.

Merujuk kepada tajuk yang diberikan di atas kita akan mulakan dengan melihat apa maksudnya aurat?

Aurat merupakan anggota atau bahagian pada badan yang haram dilihat oleh manusia berlainan jantina dan bukan mahram. 

Aurat bagi lelaki ialah daripada pusat sehingga lutut manakala bagi wanita pula ialah keseluhuran tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Nampak seperti senang untuk menutup aurat tapi ramai yang mengabaikan tuntutan yang dikeluarkan oleh Allah SWT ini terutamanya bagi generasi zaman sekarang yang terdedah dengan fitnah-fitnah fesyen.

Melihat kepada si wanita, baju yang ketat mengikut bentuk badan, tuduh yang singkat atau hanya buat syarat je dan seluar yang ketat sehingga menampakkan bentuk pinggul, ini semua adalah dilarang di dalam agama Islam yang suci. Tujuan wajibnya menutup keseluhuran badan kerana setiap yang ditatap oleh lelaki dapat menaikkan nafsu lelaki-lelaki tersebut seterusnya boleh menjerumuskan kepada penzinaan. Ramai dikalangan wanita tidak sedar bahawa Allah SWT telah menetapkan satu yang cantik bagi menjaga kehormatan mereka dan nilai diri mereka. Tetapi sayangnya ia masih lagi dipandang remeh.

Ada yang berkata, “Lelaki yang gatal tengok kami” , di sini kita dapat lihat betapa kurangnya ilmu mereka terhadap agama. Ia menjadi satu fitrah untuk lelaki menyukai untuk melihat wanita. Tapi jika kalian sendiri tidak mahu berusaha untuk menutup aurat kalian, bagaimanakah dapat menjaga pandangan kami? Ibarat kalian seperti mahu menjual diri kalian dan menunggu siapa yang mahu membelinya.

Firman Allah SWT:

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu Berjaya” (Surah An-Nur : Ayat 31)

Rujukan:

Bagi lelaki pula, kebiasaannya di asrama mereka akan memakai seluar-seluar pendek. Alasannya hanya makruh sedangkan aurat lelaki bersama lelaki sama seperti aurat lelaki bersama wanita. Atlet-atlet sukan juga tidak lari dengan memakai seluar tight yang pendek dan semestinya tidak menutup aurat dan kali ini alasannya supaya senang berlari dan lain-lain sedangkan ada sahaja pilihan seluar yang lebih panjang dan masih memudahkan larian mereka.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Jika salah seorang kamu mengahwinkan hamba lelakinya kepada hamba perempuannya atau kepada pekerjanya, maka janganlah hamba perempuan itu memandang kepada sesuatu dari ‘auratnya (‘aurat tuannya). Maka sesungguhnya apa yang di bawah pusat sehingga lututnya adalah ‘aurat.” (Hadis Riwayat al-Baihaqi)

Rujukan:

Ingatlah sekecil-kecil perkara boleh membawa kepada sebesar-besar permasalahan. Jadi marilah kita ubah cara pemakaian kita agar kita dapat menjadi lambang keindahan Islam kepada masyarakat luar. Insha Allah.

Wallahua’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *