Permasalahan Ikhtilat Pada Masa Kini

Bismillahirrahmanirrahim.

Setinggi-tinggi syukur kepada Allah SWT Pencipta Sekalian Alam, salam sejahtera kepada baginda Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda, para sahabat, tabiin dan ulama yang tidak jemu menegakkan syiar Islam.

Sebelum ini saya sentuh berkenaan dengan aurat, kali ini pula saya akan sentuh berkenaan ikhtilat dan pergaulan dalam Islam. Pergaulan yang menjaga batasan syarak diharuskan dengan tujuan tugasan, dan lain-lain yang mustahak. Islam tidak melarang terus pergaulan di antara lelaki dan perempuan jika mendatangkan manfaat.

Perlu diingatkan bahawa kebanyakan kes-kes zina dan rogol pada masa kini berpunca salah satunya daripada pergaulan bebas. Ini salah satunya kerana jika berdua-duaan di tempat tertutup tanpa asbab yang mengharuskannya akan datangnya “yang ketiga” iaitu SYAITAN yang bakal menghasut kita.

Nabi SAW bersabda;
“Janganlah lelaki berdua-duaan dengan seorang wanita kecuali bersama mahramnya.”

Hadis Riwayat Bukhari

Tetapi seperti yang diberitahu sebelum ini, jika ada urusan yang sangat penting maka diharuskan dan perlulah di tempat lapang yang mempunyai ramai orang dan kalau boleh dibawa teman bersama supaya tidak menumbulkan fitnah.

Selain itu, jika terlihat wanita atau lelaki bukan mahram maka tundukkanlah pandangan kalian seperti firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman, ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan’. Katakanlah kepada wanita yang beriman; ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya’.”
Surah An-Nur : 30

Kerana dikhuatiri bahawa minda akan menjadi celaru, hati menjadi tidak menentu dan seterusnya membawa kepada penzinaan.

Satu lagi permasalahan berhubungan melalui media sosial Whatsapp, Instagram dan Facebook. Tanpa kita sedari, perbualan kita dengan bukan mahram di dalam media sosial telah melampaui batas syarak. Bergurau-gurau dengan mereka, menghabiskan masa “chatting” sesama sendiri seperti melalui group-group Whatsapp mestilah dijauhi. Antara alasan yang digunakan ialah katanya “hanya sebagai kawan”. Tapi persoalannya ada atau tidak istilah kawan antara lelaki dan perempuan? Selalunya istilah ini disalahgunakan untuk menghalalkan perhubungan yang dijalinkan tanpa asas apa-apapun.

Sebagai kesimpulan, kita diciptakan oleh Allah SWT berpasang-pasangan dan mempunyai perasaan terhadap yang berlainan jantina maka marilah kita mengelakkan diri daripada mendekati perkara yang boleh menjerumuskan diri kepada zina kerana Allah SWT MELARANG perbuatan zina dan perkara yang boleh membawa kepada penzinaan sebagaimana firmanNya:
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan

Surah Al-Isra: 32

Wallahua’lam.

Sumber Rujukan:

  • www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=http://e-masjid.jais.gov.my/uploads/uploads/13.11.2015%2520(rumi)%2520MEMELIHARA%2520BATAS-BATAS%2520PERGAULAN%2520MENURUT%2520ISLAM.doc.pdf&ved=2ahUKEwjr4vOQl8zhAhWT7XMBHd9ZCu8QFjAAegQIAxAB&usg=AOvVaw19JvUejGfxYXxqVTEwqhV
  • http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/agama/jakim/25161-menjaga-batas-pergaulan-lelaki-dan-perempuan

Gambar-Gambar:

  • https://wannursyarifah.blogspot.com/2016/09/makna-dan-pengertian-ikhtilat.html
  • https://www.tarbiahsentap.com/2013/08/kekeliruan-dalam-ikhtilat.html
  • https://isma.org.my/v2/remaja-dan-ikhtilat/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *