Permasalahan Perbualan Dengan Bukan Mahram Di Media Sosial

Bismillahirrahmanirrahim.

Setinggi-tinggi syukur kepada Allah SWT Pencipta Sekalian Alam, salam sejahtera kepada baginda Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda, para sahabat, tabiin dan ulama yang tidak jemu menegakkan syiar Islam.

Seperti yang telah saya kupaskan sebelum ini berkenaan dengan ikhtilat bukan mahram di dalam Islam, kini saya akan huraikan pula secara terperinci berkenaan ikhtilat melalui medium perhubungan moden kita pada masa kini iaitu telefon pintar dan media sosial.

Baiklah, seperti sebelum ini saya telah huraikan bahawa hukum pergaulan di antara lelaki dan wanita bukan mahram terbahagi kepada dua. Jika berkeperluan seperti berniaga, belajar dan lain-lain maka diharuskan. Jika tiada urusan yang penting maka dilarang.
Perkara ini juga termasuk dalam perbualan melalui media sosial.

Yang menjadi permasalahannya ialah apabila seseorang wanita itu dengan tiada perasaan malunya bergaul tanpa sebarang batas dan bergurau senda bersama lelaki bukan mahram. Ini ada yang melalui private-private messages dan group-group di aplikasi seperti WhatsApp, Facebook dan Telegram. Alasannya ialah hanya sebagai kawan tetapi jika konteks perbualan mereka hanya berdasarkan perkara yang tidak berfaedah dan melalaikan apakah dapat manfaatnya?

Nak berkawan tu boleh, tapi macam apa yang berulang kali saya katakan, mesti ada batas tetapi lebih baik dirujuk sebagai kenalan. Selalunya perbualan yang dibenarkan di atas sebab-sebab penting seperti tugasan berkumpulan dan jawatan yang disandang. Bukan sekadar perbualan kosong sahaja. Even yang berbual sebab kerja pun boleh membawa kepada perkara yang tidak diingini.

Apa korang fikir sembang-sembang dengan hanya menaip tidak akan menimbulkan sebarang perasaan suka dengan orang yang korang bualkan? Bohong la kalau kata macam tu sebab Allah SWT dah ciptakan manusia dengan fitrah menyukai lawan jenis. Tapi kalau suka sejenis tu takleh la nak cakap apa dah confirm lawan fitrahnya.

Firman Allah SWT:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).”

Surah Al-Hujraat – 32

Wujudnya dua masalah apabila berlakunya perbualan antara bukan mahram.
1. Tiada batasan ikhtilat
2. khalwat.
Jika bergaul tanpa batas maka amatlah dilarang dan mesej-mesej peribadi boleh dikategorikan sebagai berkhalwat walaupun tidak berjumpa secara berhadapan. Hukum berkhalwat dengan bukan mahram ialah haram seperti sabda Nabi Muhammad SAW:

Janganlah ada di antara kalian yang berkhalwat dengan seorang wanita kecuali dengan mahramnya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Selain itu, ada wanita yang berdakwah melalui media sosial. Okay perkara ini tidaklah dilarang jika memang dengan tujuan dakwah tetapi sebelum itu mestilah merujuk kepada orang-orang alim dikalangan jantina yang sama. Isteri Rasulullah SAW juga  ada yang menjadi guru dan berdakwah kepada para sahabat tetapi mereka menjaga batas mereka dengan mengikuti perintah Allah SWT:

Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).”

Surah Al-Ahzab – 32

Aduh susahnya Islam Ni!

Tak kawan-kawanku, Islam tak susah tapi hanya mahu menjaga kalian je dari melakukan perkara yang boleh menimbulkan fitnah dan perkara yang tidak diingini. Islam tu indah. Tapi kalau nak berkawan sangat dengan lelaki atau perempuan bukan mahram aku ada satu idea untuk kalian. Apa kata kahwin je? Kan senang. Nak bergurau macam mana dengan suami / isteri kalian ikut suka hati kalianlah.

“Eh kitorang masih masih belajar mana boleh kahwin”

Jadi usahakanlah sampai boleh. Tak kan tu pun nak kena ajar. Benda paling basic kut. Belajar rajin-rajin, pastu dapat kerja kumpul duit sikit then kahwin. Easy right?

Jadi sebagai kesimpulan, perkara ini boleh dikaitkan dengan ikhtilat antara lelaki dan perempuan bukan mahram tetapi dari segi moden. Maka, seperti sebelum ini jagalah batas-batas syarak dalam pergaulan agar tidak terjerumus dalam kancah penzinaan.

Wallahua’lam.

p/s:
Kalau korang nak tengok contoh apa yang berlaku jika batas tidak dijaga dan bermula atas sebab tugasan , bolehlah tonton Web Series daripada Tarbiah Sentap dan MTAS Productions yang bertajuk “Titisan Suci” di Youtube.

https://youtu.be/Jz8mQqMdN9Y

Disclaimer:

Ramai yang kata aku post ni bajet alimlah itulah tetapi apa yang aku lakukan hanya untuk nasihat kepada rakan-rakanku dan diriku juga. Jadi kalau terdapat sebarang kesalahan pada penulisan aku ini, boleh lah tegur.. Kita tegur antara satu sama lain.

Rujukan:

https://akuislam.com/blog/renungan/lelaki-dan-perempuan-jadi-kawan/

http://syauqahwardah1209.blogspot.com/2012/01/bismillahirrohmanirrohim.html?m=1

http://muslimahhtm.blogspot.com/2018/02/hukum-chatting-berbual-dengan-bukan.html?m=1

http://thepeopleandyou.blogspot.com/2015/02/chat-vs-phone-call.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *