Permasalahan Onani atau Melancap Bagi Lelaki Atau Wanita Dan Cara Mencegahnya

Bismillahirrahmanirrahim.

Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT Pencipta Sekalian Alam, salam sejahtera kepada baginda Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda, para sahabat, tabiin dan ulama yang tidak jemu menegakkan syiar Islam.

Onani ialah perbuatan di mana si lelaki atau si perempuan melalukan sesuatu kepada kemaluan mereka bagi memuaskan nafsu mereka. Di dalam situasi ini sehingga terpancarnya mani.

Hukum berkenaan onani sama ada bagi lelaki dan perempuan terdapat khilaf tetapi kebanyakan ulama mengatakan ianya ialah haram. Mereka mengambil dalil Al-Quran di mana Allah SWT berfirman:

“Dan mereka yang menjaga kehormatannya, Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas.”

Surah Al-Mu’minuun, 5-7

Ini kerana perbuatan onani tidak bertetapan dengan ayat di atas di mana nafsu dilepaskan pada tempat yang tidak sepatutnya.

Bagi yang mengharuskan perbuatan onani, kerana tiada dalil yang khusus terhadap pengharamannya. “Imam Ahmad bin Hanbal meriwayatkan bahawa air mani itu adalah lebihan tubuh badan manusia yang boleh dikeluarkan dengan cara ejakulasi dan sebagainya. Pendapat ini dikuatkan dan disokong oleh Ibn Hazm. Lantaran itu, ahli fiqh Mazhab Hanbali mengharuskan onani dengan dua sebab; kerana bimbang dirinya akan melakukan zina; dan kerana tidak mampu berkahwin.” [1]

Ini tidak bermakna seseorang itu boleh beronani sambil melihat perkara yang menghairahkan seperti menonton video-video lucah dan sebagainya kerana pengharusan di atas bertujuan untuk menghindari zina bukan mendekati.

“Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi  di dalam bukunya Al-Taubah Ilallah telah menukilkan tulisan Ibn Qayyim dalam al-Jawab al-Kafi li Man Saala al-Adawa’ al-Syafi berkenaan kesan dan pengaruh maksiat. Antaranya ialah:

Tetapi, perlu diingatkan bahawa dengan beronani hanya akan memberikan kepuasan sementera sahaja dan akan mendatangkan beberapa kesan negatif terhadap si pelaku antaranya:

  • Terhalang dari mendapat ilmu
  •  Terhalang dari rezeki yang murah.
  • Merasa jauh dari rahmat Allah.
  • Merasa terpinggir dari hubungan sesama manusia.
  •  Segala urusan menjadi sukar dan sulit
  •  Hati menjadi gelap.
  • Terhalang dari melakukan ketaatan
  •  Boleh memendekkan umur seseorang.
  • Mengheret kepada kemungkaran yang lain.
  • Melemahkan ransangan ketaatan.
  • Merasa bangga dengan maksiat. 
  • Mendapat penghinaan dari Allah.
  • Menganggap kecil terhadap maksiat kepada Allah.
  • Kesan buruk maksiat terhadap semua makhluk yang bernyawa.
  • Menyebabkan kehinaan di kalangan manusia.
  • Boleh melemahkan akal fikiran.
  • Menyebabkan hatinya tertutup dan mati.
  • Boleh mengundang banyak laknat.
  • Terhalang dari mendapat doa Nabi dan malaikat.
  •  Melemahkan perjalanan hati kepada Allah.
  • Boleh menghilangkan banyak nikmat.
  • Boleh mengabaikan diri sendiri.
  • Merasakan kehidupan seolah-olah menjadi sempit” [2]

a) Emosi

Si pelaku akan mempunyai kehendak yang boleh menjuruskan kepada zina dek kerana telah diasuhkan untuk melempiaskan nafsunya dengan beronani . Seseorang yang selalu beronani akan mudah diransang kerana sudah ketagihan.

b) Kesihatan

Si pelaku akan mendapat kesan yang buruk terhadap kesihatannya seperti kerosakan kelenjar zakar, masalah perkumuhan dan juga mati pucuk.

Jadi, bagaimana cara untuk mencegahnya?

  1. Dekatkan diri dengan agama. Ibadah seperti beristighfar dan berzikir mengingati Sang Pencipta. Ini supaya kita sentiasa mengingati akan amaran dan seksa terhadap pelaku dosa di akhirat kelak. Bermohonlah kepadaNya agar tidak mengulangi kesilapan tersebut lagi.
  2. Kurangkan bersendirian. Perbuatan ini akan membuka ruang kepada syaitan untuk menghasut kita melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Jangan layari mana-mana laman sesawang atau menonton dan melihat mana-mana gambar atau video yang menghairahkan.
  3. Jangan berdua-duaan dengan ajnabi. Ini kerana setelah berdua-duaan, akan adanya yang ketiga iaitu Syaitan. Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: Tidak boleh untuk seorang lelaki itu berdua-duaan dengan seorang perempuan melainkan bersama-sama dengan perempuan itu mahramnya.

Riwayat Muslim (1341) [3]

4. Berpuasa atau berkahwin bagi yang mampu.

“Wahai para pemuda! Barangsiapa yang sudah memiliki kemampuan, maka menikahlah. Karena hal itu lebih dapat menahan pandangan dan menjaga kemaluan. Dan barangsiapa yang belum mampu (menikah), maka hendaklah dia berpuasa karena hal itu menjadi benteng baginya”. HR. Bukhori, no. 5066. Muslim, no. 1400. [4]

Sebagai kesimpulan, marilah kita mengambil pendekatan pendapat yang terbaik iaitu dengan meninggalkan onani kerana kesan-kesan yang dibawanya. Jika kita sudah telanjur maka bertaubatlah dan mohonlah keampunan daripada Allah SWT. Lebih baik kita mengikuti cara yang disarankan oleh Nabi Muhammad SAW. Marilah kita berdoa semoga Allah SWT memberikan kita kekuatan untuk menghindari diri daripada perbuatan ini. Amin

Wallahua’lam.

Nota kaki:

[1] Rujuk : https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1207-al-kafi-382-hukum-beronani-atau-melancap

[2] Rujuk: https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum-cat/2048-10

[3] Rujuk: http://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/921-al-kafi-589-hukum-berduaan-di-dalam-kenderaan-bersama-pemandu-bukan-mahram

[4] Rujuk: https://islamqa.info/id/answers/26811/bagaimana-mengendalikan-rangsangan-seksual-dengan-berpuasa

Lain-lain Rujukan:

  1. https://hafizfirdaus.com/ebook/musafir/bhg43.htm
  2. https://eh.com.my/artikel/perhubungan/kesan-buruk-onani-pada-kesihatan/4

Disclaimer(Penafian):

Jika terdapat sebarang salah di dalam penulisan saya, sila hubungi saya dan saya akan cuba betulkan secepat mungkin. InshaAllah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *