Wanita Memuat Naik Gambar Di Media Sosial / Internet

Bismillahirrahmanirrahim.

Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT Pencipta Sekalian Alam, salam sejahtera kepada baginda Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda, para sahabat, tabiin dan ulama yang tidak jemu menegakkan syiar Islam.

Merujuk kepada topik di atas, pertamanya kita perlu melihat keadaan gambar tersebut. Jikalau jelas kelihatan pendedehan auratnya, maka hukumnya ialah haram. Terdapat juga pendapat bahawa gambar yang kurang sempurna menutup aurat atau gambar wanita non-muslim yang terdedah auratnya maka hukumnya harus jika terdapat keperluan tertentu dan tidak bertujuan untuk mendedahkan auratnya itu. Tetapi, langkah waspada dan sikap wara’ mestilah diamalkan di dalam situasi begini.

Allah SWT berfirman dalam kitab-Nya:

يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا ۖ وَلِبَاسُ التَّقْوَىٰ ذَٰلِكَ خَيْرٌ ۚ


Maksudnya: Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya.

(Surah Al-A’raf: 26)

Bagaimana pula dengan wanita yang telah sempurna menutup aurat?

Jika berkeperluan ataupun tidak, maka hukumnya harus jika menjaga batas-batas yang dibenarkan. Salah satunya ialah tidak tabarruj iaitu memakai solekan yang banyak (gincu, eyeliner dan sebagainya). Selain itu, tidak membuat muka ala-ala comel. Muka muncung depan, muka pelik-pelik dan sebagainya kerana ia dapat menimbulkan fitnah. Seterusnya, gambar yang diambil mestilah tidak bersifat close up di mana kamera mestilah dijauhkan daripada muka. Akhir sekali, janganlah bergambar berdua-duaan dengan bukan mahram kecuali ada hal yang mengharuskan seperti hal-hal kerja dan pelajaran. Semua ini mestilah dijaga dengan sepenuhnya bagi mengelakkan sebarang fitnah yang bakal timbul. Jika tiada keperluan, maka elakkan daripada memuat naik gambar kalian pada mana-mana medium komunikasi kerana sekeping gambarmu itu ialah maruahmu dan ianya amat bernilai.

Wallahua’lam

p/s: saya ada persoalan yang bermain di fikiran. Apakah tujuan sebenar segelintir wanita yang memuat naik gambar mereka tanpa sebab? Sebagai contoh, mereka saja-saja mengambil gambar dan terus muat naik gambar tersebut. Adakah mahu perhatian orang? Atau apa? Jika ada sesiapa yang dapat menjawab bolehlah komen di ruang komen artikel ini 😄

Rujukan:

Kredit Gambar:

https://www.ruangmuslimah.co/amp/40330-muslimah-selfie-an-itu-keren

Penafian

Jika terdapat sebarang salah di dalam penulisan saya, sila hubungi saya dan saya akan cuba betulkan secepat mungkin. InshaAllah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *